Posts

Monoshock?? Lc135.

Assalamualaikum, Aku baru beli monoshock adjustable jenama Racing Boy Rm225 warna putih, Beli dekat kedai Song Motors, depan KBMall Kota Bharu. Ni Monoshock aku beli kali kedua, daripada keluar kilang yang asal tu jenama KYB (Kayaba) tahan la dekat 1 tahun 10 bulan. Mono asal lembut bukan setakat melantun tapi rapat gila bila bumping, beli la jenama sama KYB tukar yang pertama Rm130, bulan April16, guna sampai Februari17, ai mono memang nak pekena aku ke apa, tak sampai setahun kot baru guna, kalau nak ikutkan penggunaan aku tunggang pergi balik keje dalam 61-63 Km je, berat 76-78 je, sorang pulak, tapi motor ni memang pegi mana2 bawak yang ni sbb aku satu2 ni saje kenderaan aku. Yang tukar 1st KYB tu tak tahu lah kalau nak kata tiruan ke original. Tukar kali 2nd ni nak try Racing Boy tengok perfomance acaner. Update Mono 19/04/2018 Mono Racing Boy masih berkhidmat dengan bagus, tiada lagi tanda-tanda nak melantun.